Friday 14 January 2011

Jadual Penentuan Jantina Kelahiran Bayi

  Cahaya mata adalah satu anugerah tuhan yang tidak ternilai yang di kurniakan pada pasangan suami isteri. Ia adalah satu pengalaman yang sangat manis tambahan pula bagi pasangan yang baru mendapat cahaya mata yang pertama.
  Mungkin ada diantara pasangan yang tidak kisah atau redha dan bersyukur dengan apa sahaja yang di kurniakan tuhan pada mereka sama ada mereka dikurniakan bayi lelaki atau perempuan.
  Ada juga pasangan yang berikhtiar dan memohon doa pada tuhan agar bayi yang bakal mereka terima adalah lelaki atau perempuan mengikut kehendak mereka.
  Tuhan yang maha berkuasa dan menentukan segala urusan dan kejadian di dunia ini. Tapi tidah salah jika kita memohon doa pada tuhan dan di sertakan dengan ikhtiar agar impian dan harapan menjadi kenyataan.
  Di sini saya kongsikan salah satu cara untuk menentukan jantina kelahiran bayi berdasarkan jadual dari jadual asal calendar cina (Chinese Lunar Calendar).



No comments:

Post a Comment