Sunday 14 July 2013

Tip-tip Pemakanan untuk Ibu Hamil semasa Berpuasa

Bagi sesetengah kaum ibu yang hamil sering menghadapi masalah dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan. Terutama bagi kaum ibu yang baru hamil di tahap pertama. Mereka sering mengalami pedih ulu hati, laya, lesu dan sebagainya. Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang dapat menjaga kesihatan dan memberi tenaga di sepanjang hari berpuasa.

Tip-tip kesihatan semasa hamil dan berpuasa

Untuk berbuka puasa anda boleh mulakan dengan:

  • kurma
  • susu / yogurt
  • sup
Selepas itu baru lah anda ambil hidangan yang seimbang
  • sayuran hijau / salad / ulam-ulaman
  • makanan yang berprotien seperti ayam, daging, ikan dan kekacang
  • nasi dari beras perang / roti dari bijian
  • buah-buahan

Sahur adalah sangat penting bagi ibu yang mengandung untuk membekalkan tenaga semasa berpuasa.


  • nasi dari beras perang / roti dari bijian
  • bijirin berserat tinggi dengan susu rendah lemak
  • buah-buahan - kurma / pisang

  • Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia akan mempercepatkan anda dehidrasi.


    Sumber dari:
    Tip-tip kesihatan semasa hamil dan berpuasa